Monday, March 15, 2010

cinta cyber?

sekarang ini ramai remaja atau anak-anak dara yang menyimpan perasaan dengan rakan chating. lepas dua tiga kali chating terus jumpa, kalau muka elok sikit terus jatuh ke hati.

Tuesday, March 31, 2009

pening-penig

Bila berada di sekolah penyakit pening mula merayap ini kerana perlu memikirkan banyak perkara apatah lagi sekiranya kerja-kerja banyak tertangguh. sekarang ini bulan Kerjaya dan dan Bulan Pencegahan Dadah oleh itu, banyak aktiviti seperti Karnival Kerjaya dan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah akan dijalankan. Masa ini Guru Kaunseling dan beberapa guru yang terlibat akan sibuk melatih pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam beberapa acara yang dipertandingkan.

Hai semua...Do you remember me?
Selamat datang ke laman blog dayang, jangan segan-segan nak post your komen.
nak buat luahan perasaan ke, luahan masalah ke kita boleh kongsi.

Wednesday, March 25, 2009

Kaunselor cenderung mengalami tekanan

Kaunselor terdedah untuk mengalami tekanan kerja yang lebih berat kerana berhadapan dengan pelbagai masalah pada setiap hari ekoran daripada tekanan kerja yang tiada sempadan. Tiada sempadan di sini bermaksud banyak dilibatkan dengan pelbagai kerja yang bukan berkaitan dengan bidang kaunseling contohnya diberi jawatan sebagai setiausaha PIBG sekolah, Bendahari Kelab Staf sekolah, mengiringi pelajar ke aktiviti luar sekolah menggantikan guru yang sepatutnya.
Di samping itu kaunselor juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah dan tingkah laku pelajar pada setiap hari, melayan karenah pelajar yang berkaitan dengan masalah disiplin, akademik, kerjaya dan sebagainya..Namun begitu bagi pandangan sesetengah guru yang anti-kaunselor hanya menganggap kaunselor sekolah masih dilihat tiada kerja dan hanya makan gaji buta sahaja.

Sebagai seorang kaunselor kenyataan tersebut sangat dasyat. ini kerana hanya kaunselor sahaja yang dapat memahami tugas seorang kaunselor....

guru kaunseling sepenuh masa


Guru Kaunseling sepenuh masa bermaksud guru kaunseling tidak mengajar sebarang mata pelajaran dan hanya menumpukan sepenuh masa bekerja dalam bidang kaunseling contohnya mengadakan kaunseling individu dan kelompok, mengendalikan program-program motivasi, kerjaya, pendidikan pencegahan dadah dan sebagainya.

BENGKEL BINA BLOG DIGITAL KAUNSELING

Bengkel ini bertempat di KLIUC Kajang, Bengkel ini mengajar guru-guru kaunseling bagaimana untuk membina blog sendiri