Wednesday, March 25, 2009

Kaunselor cenderung mengalami tekanan

Kaunselor terdedah untuk mengalami tekanan kerja yang lebih berat kerana berhadapan dengan pelbagai masalah pada setiap hari ekoran daripada tekanan kerja yang tiada sempadan. Tiada sempadan di sini bermaksud banyak dilibatkan dengan pelbagai kerja yang bukan berkaitan dengan bidang kaunseling contohnya diberi jawatan sebagai setiausaha PIBG sekolah, Bendahari Kelab Staf sekolah, mengiringi pelajar ke aktiviti luar sekolah menggantikan guru yang sepatutnya.
Di samping itu kaunselor juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah dan tingkah laku pelajar pada setiap hari, melayan karenah pelajar yang berkaitan dengan masalah disiplin, akademik, kerjaya dan sebagainya..Namun begitu bagi pandangan sesetengah guru yang anti-kaunselor hanya menganggap kaunselor sekolah masih dilihat tiada kerja dan hanya makan gaji buta sahaja.

Sebagai seorang kaunselor kenyataan tersebut sangat dasyat. ini kerana hanya kaunselor sahaja yang dapat memahami tugas seorang kaunselor....

No comments:

Post a Comment